Pendapat

Bantahan tukar tapak SK kepada pembinaan SJKC Too Joo Hing

MBSJ didakwa beri kelulusan dengan langgar prosedur ditetap mereka sendiri

MERUJUK kepada perkara di atas, dengan ini saya seperti nama di bawah, membuat bantahan rasmi kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) kerana menukar status tapak Sekolah Kebangsaan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

MBSJ sebagai pihak berkuasa tempatan telah memberi kelulusan dengan melanggar carta alir prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan sendiri oleh MBSJ, iaitu:-
1. TIDAK membuat semakan terperinci dokumen Kebenaran Merancang beserta dokumen DOKUMEN PEMUNYA TANAH BERJIRAN.

2. TIDAK membuat penerimaan surat ulasan Jabatan Teknikal dan SURAT BANTAHAN PEMILIK LOT BERSEBELAHAN.

3. TIDAK menghantar NOTIS kepada PEMUNYA TANAH BERJIRAN dalam masa 28 hari selepas menerima permohonan.

4. TIDAK mematuhi jangka masa yang diperlukan selama 131 hari mengikut Peruntukan Subseksyen 21(6) dan memendekkan jangka masa tersebut kepada 73 hari dengan TIDAK menghantar NOTIS tersebut.

5. TIDAK membuat penerimaan surat ulasan Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana yang BERTANGGUNGJAWAB ke atas TAPAK sekolah kebangsaan berkenaan.

MBSJ telah MENGABAIKAN peraturan Kebenaran Merancang, iaitu “pengawalan perancangan ke atas orang perseorangan atau ke atas pemaju”.

Pemaju bagi pihak badan pengelola SJKC Too Joon Hing telah MELANGGAR Seksyen 20 Bahagian 4 (Kawalan Pembangunan) Akta 172, Akta Perancangan Bandar dan Desa iaitu “pembangunan yang berlawan dengan Kebenaran Membina” seperti berikut:-

1. Pemaju atas arahan jawatankuasa pembinaan sementara SJKC Too Joon Hing TIDAK mengikut rancangan pembinaan (Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan) dengan membina sekolah jenis kebangsaan Cina di atas tapak yang telah diperuntukkan untuk sebuah SEKOLAH KEBANGSAAN.

2. Pemaju atas arahan jawatankuasa pembinaan sementara SJKC Too Joon Hing TIDAK menjamin keharmonian sosial Bandar Kinrara kerana:-

2a. berniat untuk menempatkan lebih kurang 1,000 murid yang bakal menggunakan hanya bahasa Cina dalam semua urusan pembelajaran dan pertuturan di dalam kawasan perumahan majmuk yang menggunakan bahasa Kebangsaan.

2b. berniat untuk mempertahankan hak dan kuasa Lembaga Pengelola Sekolah dalam menentukan segala dasar pendidikan SJKC yang berkemungkinan tidak selari dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Pemaju atas arahan jawatankuasa pembinaan sementara SJKC Too Joon Hing TIDAK memberi peluang kepada penduduk-penduduk dan pemilik premis berjiran untuk membuat bantahan sebelum Kebenaran Merancang dipohon.

4. Pemaju atas arahan jawatankuasa pembinaan sementara SJKC Too Joon Hing MENUKAR pelan pembangunan asal dari sekolah dua (2) tingkat seperti dilaporkan dalam media kepada bangunan tiga (3) tingkat.

5. Pemaju atas arahan jawatankuasa pembinaan sementara SJKC Too Joon Hing MENUKAR lokasi asal SJKC Too Joon Hing dari Mukim Dengkil, Daerah Sepang seperti dilaporkan dalam media pada 26 Oktober 2017 kepada Bandar Kinrara, Daerah Petaling Perdana.

Saya dengan ini ingin merujuk kepada:-
Seksyen 28 Akta 172 mengenai penguatkuasaan keatas pemaju kerana melanggar Seksyen 20 seperti perkara 1, 2 dan 3 di atas.

Seksyen 29 Akta 172 mengenai penguatkuasaan keatas pemaju kerana melanggar Seksyen 20 seperti perkara 4 di atas.

Seksyen 21(2) Akta 172 yang HANYA memberi kelulusan kepada pemilik tanah yang sah, iaitu Lot PT 3418, HSD 160756 yang didaftar atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Ingin saya menarik perhatian Yang DiPertua bahawa jika Pemaju atas arahan jawatankuasa pembinaan sementara SJKC Too Joon Hing MEMALSUKAN sebarang dokumen untuk memperoleh Kebenaran Merancang, mereka telah melakukan KESALAHAN bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) atau mana-mana undang-undang bawah Akta 574 Kanun Keseksaan.

Jika Pemaju atas arahan jawatankuasa pembinaan sementara SJKC Too Joon Hing telah memperoleh Kebenaran Merancang dengan cara MEMALSUKAN sebarang dokumen, maka kerja-kerja tanah yang dilakukan adalah satu PENCEROBOHAN serta melakukan KESALAHAN bawah Akta 172 (Akta Perancangan Bandar & Desa 1976) Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) atau mana-mana undang-undang bawah Akta Kanun Tanah Negara.

Jika Pemaju atas arahan jawatankuasa pembinaan sementara SJKC Too Joon Hing dipercayai telah melakukan PENCEROBOHAN maka saya akan membuat satu Repot Polis untuk memohon perintah larangan dari mahkamah.

Oleh kerana pemaju atas arahan jawatankuasa pembinaan sementara SJKC Too Joon Hing telah memulakan kerja-kerja tanah sejak bulan April 2021, saya dengan ini memohon supaya aduan saya ini dapat maklum balas dari pihak MBSJ dengan kadar segera.

Untuk makluman Yang Dipertua MBSJ, saya telah membuat satu Repot Polis bertarikh 25 Mei 2021 dan Pengerusi Penduduk Bdr Kinrara juga telah membuat Repot Polis pada 18 April 2021, berkaitan perkara ini.

Wasalam,

Haji Zainol Talib

KENYATAAN INI DIHANTAR PENULIS KEPADA ISMAWEB MENERUSI EMAIL

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button