Berita Utama

Guru agama di sekolah menengah sedikit berbanding rendah

Bincang dengan UMS tubuh Fakulti Pengajian Islam

KUALA LUMPUR, 22 Safar 1443H, Rabu ¬ Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui wujudnya kekurangan guru agama terutama di peringkat sekolah menengah di seluruh negara.

Setakat 30 Ogos lalu, hanya 16,024 guru agama berkhidmat di sekolah menengah berbanding 40,713 guru agama di sekolah rendah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin berkata, pihaknya memahami isu kekurangan guru agama dan kementerian sentiasa berusaha mencari jalan untuk menambah bilangan guru.

“Umpamanya, di Sabah, kita telah berbincang dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menubuhkan Fakulti Pengajian Islam untuk membantu menangani masalah kekurangan guru agama,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menambah, pihaknya akan berbincang dengan universiti-universiti tempatan lain untuk mengambil langkah sama.

“Dengan ini, kita berharap dapat melahirkan guru agama yang kompeten dalam menangani masalah kekurangan guru di seluruh negara,” jelasnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button