Berita Utama

JPN sahkan tak berlaku kebocoran data maklumat

Sistem kawalan data ‘FireWall’ kukuh dan semua maklumat dilindungi

KUALA LUMPUR, 22 Safar 1443H, Rabu ­– Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada sebarang kebocoran maklumat dalam pangkalan data peribadi MyIdentiti, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

 

Beliau berkata, ini kerana sistem kawalan keselamatan data ‘FireWall’ adalah sangat kukuh dan kesemua maklumat adalah dilindungi.

 

“Kementerian saya sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia yang berada di bawah jagaan JPN adalah terjamin.

 

“Jadi jangan bimbang tentang data-data yang dipegang oleh JPN, kementerian saya akan memastikan semua agensi selepas ini yang menggunakan data MyIdentiti daripada JPN segera mengambil langkah yang ketat,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu penjualan data maklumat rakyat Malaysia yang tular di sebuah forum baru-baru ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button