Berita UtamaDunia

Menteri jamin prosedur pelarian kembali ke Syria dipermudahkan

Kumpulan hak asasi bimbang keadaan tak selamat untuk pelarian jika pulang

NEW YORK, 22 Safar 1443H, Rabu – Menteri Luar Negeri Syria mendakwa pintu untuk pelarian kembali ke negara itu masih terbuka, walaupun terdapat amaran mengenai bahaya yang dihadapi mereka di wilayah yang dikuasai rejim.  

Faisal Mekdad membuat kenyataan itu dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, semalam.

Faisal memberi jaminan bahawa rejim Presiden Bashar al-Assad sedang melaksanakan prosedur yang diperlukan untuk memudahkan para pelarian pulang.  

Akan tetapi, prosedur seperti itu telah lama menjadi perhatian dan pertikaian kumpulan hak asasi manusia.  

Selama bertahun-tahun telah dinyatakan bahawa pelarian yang pulang ke negara asal ditahan, hilang, diseksa dan kadang kala dibunuh oleh pihak berkuasa rejim.

Pelarian kembali ke Syria telah lama menjadi isu kontroversi selepas pertempuran di negara itu hampir tamat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun PBB dan sebahagian besar masyarakat antarabangsa – selain daripada pengecualian seperti Denmark – terus menganggap Syria sebagai tidak selamat.

Awal bulan ini, PBB dituduh berusaha mengembalikan pelarian Syria di kem Rukban secara paksa ke wilayah yang dikuasai rejim, namun tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya.

Berikutan letusan revolusi Syria pada tahun 2011 dan tindakan keras rejim Assad terhadap penunjuk perasaan secara aman, kira-kira separuh daripada populasi praperang iaitu seramai 23 juta penduduk negara itu telah melarikan ke luar negara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button