Berita Utama

Pesakit jantung risiko komplikasi serius jika dijangkiti COVID-19

Gunakan teknologi digital supaya anda tidak bersendirian

PUTRAJAYA, 22 Safar 1443H, Rabu ¬ Pesakit jantung berisiko lebih tinggi mendapat komplikasi serius sekiranya dijangkiti wabak COVID-19.

Atas dasar itu, keperluan melengkapkan diri dengan vaksinasi dan menjadikan teknologi sumber adalah pencegahan sewajarnya.

Pesakit juga mestilah kekal sihat bagi meningkatkan daya ketahanan diri daripada COVID-19 serta mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, amalan gaya hidup sihat perlu diutamakan untuk persediaan menghadapi fasa endemik COVID-19, malah teknologi digital dioptimumkan untuk terus berhubung.

“Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih daripada 18.6 juta kematian akibat penyakit jantung di seluruh dunia direkodkan pada tahun 2019.

“…selain merupakan penyebab utama kematian di Malaysia yang menyumbang sebanyak 15 peratus daripada 109,164 kematian yang disahkan secara perubatan,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, perangkaan itu dijangka lebih meruncing terutamanya seluruh dunia sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 yang menyebabkan akses kepada informasi dan rawatan penyakit jantung serta penyakit tidak berjangkit yang lain menjadi lebih sukar.

Malah beliau menjelaskan, pendekatan melalui teknologi digital dilihat sangat berpotensi memangkin penyebaran ilmu pengetahuan kesihatan agar masyarakat dapat memantau kesihatan jantung dan memahami risiko-risiko penyakit jantung.

“Gunakan teknologi digital supaya anda tidak bersendirian, bantuan hanya di hujung jari sahaja, bila-bila dan di mana sahaja anda berada.

“Malah, ia dapat memastikan semua lapisan masyarakat di seluruh negara mendapat akses kepada informasi pencegahan dan rawatan penyakit jantung yang diperlukan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button