Berita UtamaDunia

Yaman minta bantuan dana segera elak kejatuhan ekonomi

Langkah kerajaan kurangkan kesan ekonomi akibat perang tidak mencukupi

SANA’A, 22 Safar 1443H, Rabu – Kerajaan Yaman menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberikan bantuan kewangan segera kepadanya bagi mengelakkan kejatuhan ekonomi.

Bercakap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, Menteri Luar Yaman, Ahmed Awad Bin Mubarak mengatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kesan ekonomi akibat perang tidak mencukupi.

Sehubungan itu, Ahmed Awad meminta masyarakat antarabangsa dan komuniti penderma untuk menyokong ekonomi Yaman, meningkatkan daya tahan dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk warganya.

Beliau berkata, negaranya sangat memerlukan pakej sokongan kewangan, termasuk simpanan kewangan mendesak untuk Bank Pusat Yaman bagi mencegah kejatuhan ekonomi dan mata wang.

Riyal Yaman dalam beberapa minggu terakhir jatuh ke tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya mencapai 1.200 riyal berbanding dolar AS. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button