Berita Utama

DBKL tangguh larangan penjualan minuman keras

Bagi memuktamadkan kajian berkaitan kawalan penjualan liquor di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 23 Safar 1443H, Khamis – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) yang diumumkan sebelum ini ditangguhkan.

DBKL menerusi satu kenyataannya berkata, LMK yang diguna pakai berkuat kuasa pada 15 November 2020 menyatakan bermula 1 Oktober 2021 penjualan ‘liquor’ di kedai runcit, serbaneka, dan kedai ubat Cina tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, DBKL berkata, larangan tersebut ditangguhkan bagi tempoh satu bulan mulai 1 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021.

“Penangguhan ini bertujuan untuk memuktamadkan kajian berkaitan kawalan penjualan ‘liquor’ di Kuala Lumpur,” kata kenyataan hari ini.

DBKL berkata, kemudahdapatan dan aksesibiliti ‘liquor’ telah menjadi aduan serta bantahan, kerana ia mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan orang ramai.

“Pada masa ini pemilik LMK runcit masih dibenarkan menjual minuman keras jenis ‘liquor’ di kedai runcit, serbaneka, dan kedai ubat Cina sehingga 31 Oktober 2021,” kata kenyataan itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button