Berita UtamaDunia

Ribuan protes, berang siasatan letupan Lubnan ditangguh lagi

Hakim digantung tugas atas dakwaan berat sebelah

BEIRUT, 23 Safar 1443H, Khamis – Ribuan saudara-mara mangsa letupan pelabuhan Beirut tahun lalu turun ke jalanan berikutan siasatan terhadap bencana itu ditunda untuk kali kedua tahun ini.

Penunjuk perasaan berkumpul di depan Istana Kehakiman Beirut semalam dengan keadaan marah kerana lebih dari setahun, tidak ada pegawai atasan yang bertanggungjawab terhadap letupan yang mengorbankan lebih 200 orang, mencederakan ribuan yang lain dan memusnahkan sejumlah besar ibu kota.

Letupan itu – salah satu letupan bukan nuklear terbesar yang pernah direkodkan – disebabkan oleh sejumlah besar ammonium nitrat yang disimpan secara tidak selamat di pelabuhan sejak 2013.

Siasatan mengenai kes itu ditangguhkan semalam berdasarkan aduan yang difailkan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Nohad Machnouk yang mendakwa hakim utama, Tarek Bitar berat sebelah.

Machnouk adalah antara pegawai tinggi yang disyaki cuai dalam kejadian letupan pelabuhan pada 4 Ogos tahun lalu.

Tarik Bitar berkata, tugasnya dihentikan sementara sehingga mahkamah memutuskan sama ada untuk menggantikannya dengan hakim lain.

Penunjuk perasaan mendesak Tarik Bitar dibenarkan untuk menyambung tugas beliau.

Seorang penunjuk perasaan berkata, ahli politik bertindak tanpa hukuman.

“Saya kehilangan bapa saya ketika dia duduk bersama kami di rumah,” kata Mohieldin Ladkani, sambil menambah bahawa dia dan ahli keluarga yang lain cedera dalam insiden letupan itu.

“Sekiranya mereka mengambil fail dari Bitar itu bererti mereka bersikap seperti di atas undang-undang.

“Dan jika mereka berada di atas undang-undang, maka mengapa keluarga korban tidak melebihi undang-undang dan menyelesaikannya sendiri,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button