Dunia

Kuwait larang kemasukan warga asing

Semua aktiviti komersial kecuali farmasi, kedai runcit perlu ditutup

KUWAIT, 22 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Kuwait pada Rabu mengumumkan larangan kepada warga asing memasuki negara ini selama dua minggu bermula 7 Februari sebagai langkah membendung penyebaran COVID-19.

Rakyat Kuwait termasuk saudara-mara terdekat seperti ibu bapa dan anak-anak serta pembantu rumah mereka dikecualikan, tetapi perlu menjalani kuarantin, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Majlis Menteri Kuwait.

Semua aktiviti komersial kecuali farmasi, penjualan peralatan penjagaan kesihatan dan kedai runcit perlu menutup operasi antara 8 malam dan 5 pagi, termasuk restoran, tetapi perkhidmatan bawa pulang dibenarkan.

Langkah itu diambil berikutan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

Menurut data rasmi, jumlah kematian mencecah 961 orang dan kes keseluruhan sebanyak 167,410. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button