Berita Utama

Kerajaan makin mengarut luluskan peruntukan RM15 juta sekolah swasta UEC

Disahkan sendiri oleh Dong Zong

WALAUPUN baru sahaja tular pendedahan bahawa silibus UEC banyak penyelewengan selain pelbagai hujah bahawa sistem ini merosakkan, hari ini kita dihidangkan pula dengan berita yang menaikkan kemarahan kita semua.

Media melaporkan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan khas RM15 juta kepada sekolah swasta yang menggunakan sistem UEC. Ini telah disahkan sendiri oleh pengelolanya, iaitu Dong Zong.

Dalam laporan berita ini juga, Dong Zong telah menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada MCA yang berjaya berjuang dalam kerajaan untuk membantu; walaupun hanya dua kerusi.

Menariknya, dengan puluhan kerusi-kerusi dan parti-parti yang dikatakan memperjuangkan Islam dan Melayu dalam kerajaan, tidak mampu menekankan kehendaknya. Misalnya, isu judi dan kes Adib.

Saya tidak pastilah apa justifikasi atau ratiban penyokong kerajaan selepas ini. Sudahlah UEC sudah diiktiraf di pelbagai ruang, kini peruntukan RM 15 juta pula.

Semakin mengarutlah kerajaan hari ini.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
1 Oktober 2021

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button