Berita UtamaDunia

Korea Utara uji peluru berpandu antipesawat baharu

Peluru mampu terbang pada kadar 5 kali kelajuan bunyi

 

SEOUL, 24 Safar 1443H, Jumaat – Korea Utara dilaporkan menguji peluru berpandu antipesawat yang ‘baharu dibangunkan’, dalam siri pelancaran ujian senjata, semalam.

Ujian berkenaan merupakan yang kedua dalam minggu ini melibatkan peluru berpandu luncur hipersonik yang mampu terbang pada kadar lima kali kelajuan bunyi.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) memaklumkan, prestasi tempur luar biasa peluru berpandu itu telah disahkan, bersama pengenalan teknologi utama yang baharu.

Akhbar rasmi Rodong Sinmun semalam turut menunjukkan gambar peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah kenderaan pelancaran.

Tiada laporan sama ada pemimpin tertinggi Kim Jong Un turut serta dalam latihan tersebut.

Pelancaran ujian berkenaan bagaimanapun mencetuskan kegusaran antarabangsa, dengan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung, hari ini.

Pada awal bulan lalu, Pyongyang mengumumkan kejayaannya melancarkan peluru berpandu jarak jauh, selepas mengadakan satu perarakan ketenteraan.

Pelancaran itu dilakukan semula bulan lalu, selepas enam bulan menguji peluru berpandu balistik kapal selamnya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button