Berita Utama

PAS kena jadi ‘orang tengah’ selesai hubungan dingin UMNO-BERSATU

Perbalahan antara parti hanya untungkan pihak lain rebut kuasa

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 24 Safar 1443H, Jumaat ¬ PAS dilihat mampu berperanan sebagai ‘orang tengah’ dalam menangani hubungan dingin antara UMNO dan BERSATU – sekali gus dapat menyelamatkan undi Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) nanti.

Sekiranya dibiarkan krisis kedua-dua parti berlarutan, ia hanya merugikan orang Melayu dan membuka ruang kepada pihak lain mengambil peluang dengan perpecahan ini.

Penganalisis politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ketiga-tiga parti perlu bertindak lebih matang dan bertolak ansur demi masa depan orang Melayu.

“Jika masing-masing berkeras dan tidak mahu beralah, situasi akan berterusan ‘panas’ dan hanya membawa masalah besar kepada kesejahteraan rakyat dan pembentukan negara yang huru-hara.

“Keadaan ini memberi peluang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan dan menjadi ‘ketua’ dalam PRU15 tidak lama lagi,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Prof Nik Ahmad Kamal berpandangan, semestinya PAS akan terus kekal bekerjasama dengan UMNO dan kerjasama kedua-dua parti ini lebih menguntungkan kerana memberi potensi untuk kemenangan lebih besar.

“Dalam sistuasi ini perlu ada unjuran ‘give and takes dalam hubungan UMNO dan BERSATU supaya masalah itu dapat diselesai cara baik.

“Masa semakin suntuk dan percaturan matang itu perlu demi masa depan bagi membentuk negara yang kukuh,” katanya.

Hubungan UMNO dan BERSATU ‘kurang baik’ selepas parti terbesar orang Melayu itu menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button