Berita UtamaDunia

Pengarah hospital di Jordan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun

Dipersalahkan atas kematian 10 pesakit COVID-19

AMMAN, 30 Rabiulakhir 1443H, Ahad – Mahkamah Jordan, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada pengarah sebuah hospital negeri atas kematian 10 pesakit COVID-19 di fasiliti itu.

Abdel Razak al-Khashman dan empat pembantunya disabitkan kesalahan ‘menyebabkan kematian’ di hospital negeri Salt di mana pesakit meninggal dunia selepas ia kehabisan oksigen.

Keputusan itu boleh dirayu dalam tempoh 10 hari, lapor seorang wartawan AFP di mahkamah.

Kematian pesakit pada bulan Mac mencetuskan kemarahan orang ramai di Jordan dan membawa kepada peletakan jawatan Menteri Kesihatan, Nazir Obeidat.

Selepas tragedi itu, Raja Abdullah II melawat hospital negeri di mana ratusan orang berkumpul di luar untuk melepaskan kemarahan mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button