Berita UtamaDunia

7 maut hospital rawat pesakit COVID-19 di Romania terbakar

Kadar vaksinasi kedua terendah dalam 27 negara EU

BUCHAREST, 25 Safar 1443H, Sabtu – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut susulan kebakaran di sebuah unit rawatan rapi (ICU) Romania yang merawat pesakit COVID-19.

Rakaman video menunjukkan pesakit melompat keluar dari tingkap dari tingkat bawah hospital dan anggota bomba membawa mangsa keluar.

Pada awalnya, unit tindak balas kecemasan negara itu mengatakan sembilan orang meninggal dunia, bagaimanapun Menteri Pengangkutan, Lucian Bode kemudian berkata, berlakunya salah faham antara anggota bomba dan kakitangan hospital.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di hospital di timur kota Constanta sekitar jam 7.55 pagi waktu tempatan, selepas membawa pasukan tambahan dari daerah berdekatan.

Keluarga pesakit berkumpul di luar hospital sebagai tunjuk perasaan dan pihak pendakwaan telah memulakan siasatan mengenai punca kebakaran.

Terdapat lebih 12,500 pesakit COVID-19, termasuk 373 kanak-kanak, dirawat di hospital Romania pada Jumaat, termasuk 1,391 di ICU.

Jumlah jangkitan COVID-19 baru di Romania mencapai 10,887 semalam dan ICU di seluruh negara kehabisan ruang.

Romania mempunyai kadar vaksinasi kedua terendah dalam 27 negara Kesatuan Eropah (EU).

Bahkan sebelum pandemik itu, sistem rawatan kesihatan Romania berada di bawah tekanan, dibelenggu rasuah, ketidakcekapan dan pengurusan yang dipolitikkan.

Negara itu mempunyai salah satu infrastruktur penjagaan kesihatan yang paling kurang dibangunkan di EU. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button