Berita Utama

RM15 juta SMPC: Kesian…Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan

Atas alasan apa, institusi pendidikan rasis ini dibantu?

DALAM apa jua keadaan ultra kiasu tetap menang. SMPC bertambah mewah dengan bantuan jutawan dan hartawan. Aduhai sekolah agama.

Dong Zong tanpa berlindung dengan berani dan bangga mengatakan, 63 (60+3) buah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) di seluruh negara telah mendapat peruntukkan sebanyak RM15 juta dari kerajaan tahun ini.

Kenapa NGO begitu berterus-terang sedangkan dia tahu akan mendapat penentangan daripada NGO dan NGI (tokoh individu) yang sejak dahulu kerana kewujudannya tidak berperlembagaan dan tidak membantu membina negara bangsa yang diidamkan?

Tidak cukup setakat itu, NGO ultra kiasu ini menceritakan susur-galur bagaimana usaha mereka mendapat dana tersebut melalui Menteri dan Timbalan Menteri ultra kiasu mereka yang berada dalam kerajaan. Diikuti sokongan daripada ultra kiasu yang lain daripada luar kerajaan.

Kenapa NGO ultra kiasu ini begitu berterus terang sedangkan ia tahu akan akan wujud penentangan? Jawapan mudah, semakin banyak publisiti yang dia dapat, semakin banyak keuntungan yang diperolehi.

Berbondong-bondong orang lain akan bersimpati dan membantu. Tidak kira daripada dalam atau luar kerajaan. Inilah strategi licik ultra kiasu daripada dahulu hingga sekarang, walaupun mereka tahu kewujudannya adalah tidak berperlembagaan. Tetapi, mereka tetap kebal, kerana mereka mempunyai kuasa tawar-menawar yang tinggi dalam pilihan raya dan percaturan kuasa.

Ketika PH memerintah pun sama. Bukan sahaja SMPC dibantu dengan mewah tetapi melihat tiga kolej universiti swasta NGO rasis yang sama iaitu Southern University College, New Era University College dan Han Chiang University College of Communication. Masing-masing mendapat RM2 juta. Inilah universiti merdeka yang wujud dan diluluskan atas semangat satu Malaysia

Beruntungan sungguh mereka. Sudahlah tidak berperlembagaan, dapat makan kiri kanan, depan belakang. Kita bagaimana? Asyik bergaduh. Teramat malang, sudahlah bergaduh, ultra kiasu ini terus dilayan dan dimanjakan.

Kita menarik nafas lega seketika ketika Perikatan Nasional (PN) memerintah, peruntukan ini telah dihentikan.

Namun, selepas PN tumbang, naik pimpinan baharu, kita semakin hairan atas alasan apa, institusi pendidikan rasis ini dibantu. Sudahlah SJKC dibantu sepenuhnya oleh kerajaan. Sedangkan ia tidak membantu pembinaan negara bangsa, melainkan pembinaan bangsa iaitu membina negara dalam negara.

Saya amat yakin, ketiga-tiga kolej ultra kiasu ini turut akan menerima peruntukan kewangan tidak lama lagi. Mungkin lebih daripada sebelumnya atas semangat Keluarga Malaysia.

Apakah wajar kita membantu kolej sebegini yang bertentangan dengan Perlembagaan negara, sedangkan masih banyak lagi kolej universiti swasta yang mengikut arus kebangsaan tidak dibantu. Bagaimana pula dengan sekolah persendirian agama?

Apa tujuan semua bantuan ini?

Tidak ramai yang tahu sebenarnya, SJKC (sekolah kerajaan), SMPC dan tiga kolej tersebut diuruskan oleh NGO yang sama.

Mereka terdiri Lembaga pengurusnya (Dong Zong), Lembaga Pengetua dan Guru-guru (Jiao Zong) dan digabungkan menjadi Dong Jiao Zong. Dalam kata lain, PIBG semua SJKC, SMKJC dan SMPC adalah orang sama memimpin. Semua mereka disokong kuat oleh NGO ultra kiasu yang lain seperti Dong Lian, Hua Zong dan pertubuhan perniagaan mereka serta orang perseorang yang kaya-raya. Hebatkan? Sebab itu, saya langsung tidak boleh terima jika dikatakan NGO ultra kiasu kekurangan dana dan perlu kepada bantuan kerajaan.

Kita sahaja perasan dan terpedaya, percaya kepada pujuk rayu mereka. Jika bantuan tidak diberikan, maka orang Cina akan menarik sokongan. Sejak bila ultra kiasu memberikan undi kepada BN, PN, MN dan apa jua nama yang diberikan, walaupun segala bantuan diberikan. Undi mereka tetap konsisten kepada DAP. Sebab itu, MCA dan Gerakan tidak pernah menang di kawasan majoriti Cina, melainkan kawasan majoriti Melayu.

Daripada membantu intitusi rasis ini, tidakkah lebih baik peruntukan tersebut digunakan bagi perkemaskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kepada semua anak-anak yang menghadapi masalah. Termasuk juga memberikan segala kemudahan yang perlu agar PdPR dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah?

Kita sekali lagi mengulangi kesilapan masa lalu. Dengan harapan undi Cina akan beralih kepada MCA dan Gerakan. Kita tidak mahu belajar daripada sejarah.

Terus terang, jangan terlalu percaya kepada apa jua alasan NGO untra kiasu ini bahawa sekolah dan universiti mereka begitu terkesan dengan pandemik COVID-19 sehingga ada pelajar yang tidak mampu membayar.

Benarkah? Kebanyakan mereka yang menghantar anak-anak ke SPMC adalah dalam kalangan berada. Jika tidak, tidak dinamakan sekolah sekolah persendirian. Berapa banyak syarikat dan hartawan ultra kiasu menyumbang bagi memastikan SPMC megah berdiri?

Lagipun mereka ada pilihan untuk pergi ke sekolah aliran kebangsaan jika terdesak, kenapa masih sanggup teruskan sekolah rasis ini? Sekali jawapannya, mereka mahu membina negara dalam negara. Kita pun terkesima dan mencanangkan, inilah keluarga Malaysia, inilah unity in diversity. Inilah Malaysia Truly Asia.

Beberapa kali telah saya katakan, sudahkah dibuat audit ke atas setiap akaun PIBG, SJKC, SPMC dan institusi swasta mereka yang lain.

Jika NGO miskin saya tidak fikir mereka boleh membina bangunan sendiri yang boleh dikatakan wujud di setiap negeri dalam skala besar. Jangan pergi jauh, pergi ke Kajang, Serdang dan beberapa tempat di Lembah Kelang.

Pergi buat lawatan ke 60+3 SMPC, memang dalam kategori mewah. Dengan prasarana yang lengkap dengan segala kemudahan, mengalahkan sekolah berasrama penuh.

Dalam kata lain, SPMC sudah sama kemudahannya seperti Kolej Universiti.

Jika NGO miskin mana mungkin boleh menyediakan semua kemudahan ini. Dengan bantuan kerajaaan sebanyak RM15 juta, maka bertambah kaya dan bergaya lagilah sekolah elit banding dengan sekolah agama kerajaan dan sekolah agama persendirian. Lihat betapa daifnya mereka. Apakah kerajaan begitu prihatin untuk membantunya?

Kita sudah bertindak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.

Dong Zong, Jiao Zong, Dong Jiao Zong, Hua Zong, Dong Lian dan banyak lagi NGO Cina, serta persatuan perniagaan mereka, semuanya seperti adik-beradik. Kemampuan kewangan semua NGO ini adalah luar biasa.

Kita sahaja yang sentiasa bermusuh dan mereka mengambil kesempatan.

Kita tidak pernah mahu belajar daripada sejarah. Sudahlah sebelum ini mengiktiraf sijil yang dikeluarkan iaitu Unified Examination Certificate (UEC), kemudian diterima masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Diikuti beberapa buah negeri telah iktiraf. Pasti tidak lama lagi akan diiktiraf sepenuhnya, hanya masa sahaja yang akan menentukan. Apa nak jadi?

Saya nyatakan di sini kenapa SMPC tidak boleh dibantu dan diiktiraf

1. SMPC (UEC) tidak berperlembagaan. Begitu juga dengan tiga ‘Universiti Merdeka’ yang telah diluluskan. SJKC walaupun dibantu sepenuhnya kerajaan, SMPC dan tiga Kolej Universiti, semua adalah adik beradik. Saling berkait antara satu sama lain. Diuruskan oleh NGO ultra kiasu yang sama. Adakah SJKC patuh sepenuhnya kepada arahan kerajaan walaupun dibantu kerajaan sepenuhnya?

2. Sejak awal lagi SMPC telah mengambil keputusan tidak mahu menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC). Tidak menyertai arus pendidikan kebangsaan, bertegas menggunakan Bahasa Cina sebagai medium, kenapa masih dilayan?

3. Kewujudan SMPC turut menghalang ruang dan peluang pelajar Cina yang berada di SMJKC.

4. Keengganan SMPC untuk diserap masuk ke SMJKC sudah jelas menunjukkan mereka amt degil dan keras kepala.

5. Bacalah sejarah pengasas kepada NGO rasis ini dan SMPC, kenapa pengasas ini telah ditarik kewarganegaraannya? Salah satunya memperjuangkan sekolah rasis ini. Setiap kali NGO rasis ini terus mendesak agar kewarganegaraannya diberikan semula meskipun mendiang telah tiada.

6. SPMC tidak mengikut kurikulum aliran kebangsaan seperti yang ditetapkan olah KPM. SJKC itu sendiri walaupun kepunyaan kerajaan, tetap tidak mengikut arahan KPM sepenuhnya, kerana turut ‘diuruskan’ oleh NGO ultra kiasu yang sama.

7. Operasi SMPC adalah dikelolakan oleh NGO rasis, sama ada kurikulum mahu pun kokurikulum.

8. Kiblat SMPC bukan negara kita, tetapi negara China (Taiwan). Cuba kaji matapelajaran sejarah mereka. Cuba buat tinjauan bagaimana guru-guru mereka mengajar matapelajaran BM dan sejarah. Begitu juga subjek lain.

9. Subjek Bahasa Melayu dan Sejarah SMPC jauh menyimpang daripada ketetapan KPM.

10. Pengajaran dan pembelajaran SMPC bukan membawa kepada pembinaan negara bangsa tetapi pembinaan bangsa.

11. Wajarkah sekolah sebegini wujud sedangkan murid lebih menguasai Bahasa sendiri daripada bahasa kebangsaan. Malah kedudukan bahasa kebangsaan berada di tempat ketiga. Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris lebih diutamakan daripada bahasa kebangsaan.

Bersuaralah parti-parti komponen dalam kerajaan hari ini? Jangan terus berdiam diri. Rakyat sedang memandang dan menilai kamu. Tidak mustahil kamu akan diajar ketika PRU15 nanti. Jangan tenggelam di puncak kuasa.

Paling kurang buatlah kajian dan penyelidikan ke atas institusi pendidikan perkauman ini. Adakah produk-produk ini berjaya melahirkan warganegara dalam mencapai matlamat pembinaan negara bangsa?

Apakah kita mahu mereka meneruskan legasi pengasas sekolah dan NGO ultra kiasu yang telah ditarik kewarganegaannya? Buatlah kajian.

Sebagai penutup, agak kasar sedikit, politik Malaysia ini seolah-olah ada tangan ghaib. Permintaan bangsa sendiri dighaibkan demi mengejar undi ultra kiasu, yang asal usulnya adalah pendatang. Undi ‘pendatang’ ini bagai fatamorgana dikejar, seolah-olah kedaulatan dicagar, tiada kuasa. Ada kuasa, bersabar, suara rakyat dilempar.

Mungkinkah PRU15 ini adalah PRU terakhir untuk parti-parti Melayu apologetik.

Lebih 64 tahun merdeka, sudah sarat pengalaman bangsa ini menelan air liur dipermainkan pemimpin bangsanya sendiri, sama ada yang berserbankan Islam atau bersongkokkan Melayu. Keduanya tanpa sedar adalah wajah sekular, satunya cair agama, dan satunya lagi cairkan bangsa.

Apabila agama tiada bangsa, ia umpama enjin kereta tanpa tanpa badan kereta itu sendiri. Manakala, bangsa yang diperjuang tanpa agama, ia umpama badan kereta tanpa enjin.

Justeru, PRU15 dan selepasnya, umatku mesti bersedia bangkit dengan sebulat perjuangan yang mampu menyatukan agama dan bangsa secara hikmah, jika mereka sayangkan anak cucu mereka, tanpa menafikan hak orang (bangsa) lain. Tapi jika mereka sayangkan parti-parti yang ada lebih daripada negara dan nasib anak cucu, teruskan bertaksub pada parti parti yang ada, untuk dapatkan hebahan sepuluh sen dua, sedangkan ‘pendatang’ mendapat sejuta dua.

Air mata bergelinang memikirkan nasib agama, bangsa dan negara.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button