Berita Utama

RM15 juta SMPC: Tindakan ‘bodoh’ kerajaan gagalkan usaha perpaduan nasional

Seolah-olah iktiraf penentangan mereka terhadap sistem pendidikan

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 25 Safar 1443H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengecam tindakan Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan RM15 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara.

Timbalan Presiden ISMA, Dr Ahmad Kamsani Samingan menegaskan, tindakan itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan.

“Seharusnya kerajaan perlu bertindak secara waras dan berwawasan dalam mendaulatkan Perlembagaan dan kesatuan rakyat serta dasar pendidikan kebangsaan, bukan tunduk kepada desakan golongan ekstrem yang tidak selari dengan kepentingan nasional.

“Sekolah persendirian Cina bukan sahaja tidak melaksanakan silibus pendidikan kebangsaan, malah mereka melalui persatuan-persatuan pendidikan mereka, terus menerus mencabar pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Berikutan itu, beliau bimbang tindakan ‘bodoh’ itu bakal memakan diri dan menggagalkan usaha perpaduan nasional.

“Tindakan kerajaan ini boleh ditafsirkan sebagai mengiktiraf kedegilan dan penentangan mereka terhadap sistem pendidikan kebangsaan,” katanya.

Terdahulu, pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong mendedahkan, 63 buah SMPC di seluruh negara telah mendapat peruntukkan sebanyak RM15 juta dari kerajaan tahun ini.

Menurut Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim SMPC di seluruh negara menerima peruntukan dari Kementerian Kewangan yang disalurkan sejak beberapa hari lepas.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button