Berita UtamaDunia

Bangladesh ikrar cari pembunuh Mohib Ullah

Pelaku takkan terlepas, akan dihadap ke muka pengadilan

COXS BAZAR, 26 Safar 1443H, Ahad – Menteri Luar Bangladesh berikrar akan mengenakan ‘hukuman paling tegas’ terhadap individu yang bertanggungjawab membunuh pemimpin komuniti Rohingya, Mohib Ullah, Rabu lalu.

A.K Abdul Momen berkata, individu yang terlibat dalam pembunuhan pemimpin itu tidak akan terlepas dan akan dibawa ke muka pengadilan.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang terlibat dengan pembunuhan berkenan.

“Tiada siapa yang terlepas dan pembunuh akan menerima hukuman,” ujar A.K. Abdul Momen.

Mohib Ullah, 46, ditembak mati oleh penyerang yang tidak dikenali di Kem Pelarian Kutupalong di Cox’s Bazar, Rabu lalu.

Mohib yang merupakan pemimpin Persatuan Keamanan dan Hak Asasi Manusia Arakan Rohingya (ARPSH), dikatakan menyimpan banyak dokumen penting tentang kekejaman yang dilakukan tentera Myanmar.

Beliau dipercayai ditembak mati oleh empat penyerang ketika bercakap dengan pemimpin pelarian lain di luar pejabatnya selepas selesai solat Maghrib sekitar jam 8 malam.

Empat hingga lima penyerang tidak dikenali mendekati pemimpin masyarakat itu sebelum bertindak menembaknya dari jarak dekat.

Dia kemudian disahkan meninggal dunia di hospital di kem.

Setakat ini, tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab, namun seorang pemimpin Rohingya memberitahu Mohib dibunuh kumpulan pelampau Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA), yang berada di belakang beberapa serangan ke atas pos keselamatan Myanmar sejak beberapa tahun lalu.

Pemimpin awam utama etnik minoriti itu sebelum ini berlindung di kem di Bangladesh, selepas tentera Myanmar mengusir dari kampung mereka di wilayah Rakhine pada Ogos 2017. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button