Berita UtamaDunia

Krisis bahan bakar di UK kritikal, kenderaan masih beratur panjang

16 peratus daripada lebih 1,000 stesen minyak tak ada bahan bakar

LONDON, 26 Safar 1443H, Ahad – Krisis bahan bakar semakin memburuk di beberapa daerah di United Kingdom (UK) sekali gus menyebabkan kenderaan masih beratur panjang di luar stesen minyak.

Keadaan itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas pada hujung minggu kedua berturut-turut, kata ketua Persatuan Peruncit Petrol, Brian Madderson.

Beliau mengakui situasi masih ‘kritikal’ di London dan bahagian tenggara walaupun terdapat dakwaan menteri kerajaan kononnya keadaan telah stabil.

Walaupun terdapat peningkatan bekalan di utara England dan Scotland, Madderson mengatakan kekurangan bahan bakar tetap menjadi masalah yang sangat besar di London dan tenggara.  

16 peratus daripada lebih 1,000 stesen minyak yang diperiksa pada hari Sabtu tidak memiliki bahan bakar, kata Madderson yang memetik tinjauan yang dilakukan organisasinya.

“Kami perlu penghantaran ke stesen pengisian – terutama sekali stesen minyak bebas yang berada di lokasi kejiranan – di London dan tenggara secepat mungkin,” katanya kepada Sky News.

Stesen-stesen minyak di seluruh negara menjadi kering kerana kemampuan mereka untuk mengangkut bahan bakar dari kilang, terkesan dengan kekurangan pemandu lori di seluruh industri.

Kekurangan pemandu juga menyebabkan gangguan yang meluas pada rantaian bekalan penting Britain, iaitu sektor makanan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button