Berita UtamaDunia

Ribut tropika Shaheen: Oman gesa penduduk di pesisir pantai pindah

Kerajaan umum cuti rasmi Ahad, Isnin susulan cuaca buruk

MUSCAT, 26 Safar 1443H, Ahad – Pihak berkuasa Oman menggesa ribuan penduduk di kawasan pesisir pantai meninggalkan kediaman mereka dan menuju ke tempat perlindungan kecemasan dengan kadar segera. 

Ia berikutan negara Teluk itu bersiap siaga menghadapi ribut tropika Shaheen yang akan meningkat menjadi siklon tropika kategori 1.

Jawatankuasa Kebangsaan Oman untuk Pengurusan Kecemasan menggesa penduduk di Barka dan Saham serta awasan pesisir termasuk beberapa bahagian di ibu kota, Muscat, berpindah kerana Shaheen dijangka menyerang hari ini, membawa angin kencang dan hujan lebat.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Oman pulq berkata, Shaheen akan menjadi siklon tropika kategori 1 dalam masa 24 jam, meramalkan laut bergelora dan mendesak penduduk untuk menjauhkan diri dari kawasan rendah jika berlaku banjir kilat. 

Sebanyak lima juta orang dilaporkan tinggal di sekitar Muscat di negara pengeksport minyak itu.

Dalam perkembangan terbaharu, pihak berkuasa di Oman menyatakan hari Ahad dan Isnin (3 dan 4 Oktober) sebagai cuti rasmi di seluruh negara ekoran cuaca buruk itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button