Berita Utama

SMPC dapat dana banyak dari jutawan Cina, tapi kerajaan masih bantu lagi?

Bukti kebodohan pemimpin negara didominasi bangsa Melayu

BANGI, 26 Safar 1443H, Ahad – Belum reda isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), rakyat dikejutkan lagi dengan tindakan kerajaan meluluskan peruntukan khas berjumlah RM15 juta kepada 63 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) di seluruh negara. 

Menyifatkan ia malapetaka yang amat menyedihkan, Setiausaha BERJASA, Muhammad Lukman Al Hakim berkata, ini bukti kebodohan pemimpin negara yang didominasi bangsa Melayu yang beragama Islam.

Beliau menegaskan, tindakan itu ternyata mengkhianati kepercayaan seluruh rakyat Malaysia yang mengharapkan mereka memimpin dengan keadilan berdasarkan identiti, sejarah negara serta lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.

“Kita jangan sesekali lupa, SMPC wujud disebabkan penderhakaan dan sifat khianat bangsa Cina tidak mengikuti dasar pendidikan negara yang telah dikuat kuasakan sejak 1960-an, sebaliknya menggunakan silibus UEC yang berasal dari Taiwan.

“Lantas kerajaan ketika itu berkeras tidak menyalurkan bantuan terhadap SMPC atas kedegilan mereka. Namun itu bukan masalah besar bagi mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, rata-rata infrastruktur dan pembangunan SMPC malah jauh lebih baik dari kebanyakan sekolah kebangsaan.

“Mereka mendapat dana yang amat banyak dan berterusan dari para jutawan Cina yang menguasai ekonomi Malaysia. Jadi, kenapa kerajaan perlu memberikan mereka bantuan tambahan?

“Mana bantuan kerajaan terhadap 587 buah sekolah kebangsaan daif di Sarawak? Serta ribuan lagi sekolah kebangsaan di seluruh negara lebih memerlukan?

“Jangan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Apatah lagi jika kera tersebut kita tahu pernah menggigit dan melukakan tangan yang memberi makan ini!,” katanya.

Terdahulu, Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim berkata, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM15 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon.

Lebih menjengkelkan, Tai Kim turut menceritakan proses untuk mendapatkan dana tersebut – yang mana Presiden MCA, Wee Ka Siong telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan memohon peruntukan untuk SMPC.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button