Berita UtamaDunia

9 maut di Oman, Iran akibat Taufan Shaheen

Penerbangan dibatalkan, sesi persekolahan ditangguh sementara

MUSCAT, 27 Safar 1443H, Isnin – Sekurang-kurangnya enam orang di Iran dan tiga lagi di Oman maut akibat Taufan Tropika Shaheen.

Dua orang yang maut di Oman adalah pekerja berketurunan Asia dan seorang lagi adalah kanak-kanak yang terkorban akibat banjir kilat.

Ramai lagi dilaporkan masih hilang, menurut agensi berita negeri Oman.

Ketika Taufan Shaheen melintasi daratan, ia membawa angin antara 120-150 kilometer per jam dan melambung ombak hingga 10 meter, kata pihak berkuasa. 

Tenaga elektrik diputuskan buat sementara waktu di Suwaiq sebagai langkah berjaga-jaga kerana hujan lebat.

Oman telah membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan ke dalam dan luar negara dan menggantung sesi persekolahan.

“Walaupun langkah-langkah keselamatan diambil oleh kerajaan ketika berdepan ribut di wilayah Sistan-Baluchestan, malangnya, enam rakyat kita kehilangan nyawa di pelabuhan Chabahar,” kata Wakil Speaker Parlimen Iran, Ali Nikzad. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button