Berita UtamaDunia

Kartunis Sweden hina Nabi Muhammad maut kemalangan

Karikatur Vilks cetus kemarahan umat Islam seluruh dunia

STOCKHOLM, 27 Safar 1443H, Isnin –Kartunis Sweden, Lars Vilks yang pernah mencetuskan kontroversi melukis karikatur Nabi Muhammad, dilaporkan maut selepas terbabit dalam nahas jalan raya di bandar Markaryd, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Dalam kejadian berkenaan, Vilks, 75, yang hidup dengan perlindungan polis sejak 2017, dikatakan menaiki sebuah kenderaan polis sebelum bertembung dengan sebuah lori.

Kemalangan tragis itu turut mengorbankan dua anggota polis selain pemandu lori cedera.

Polis masih belum mendedahkan identiti mangsa-mangsa lain yang terlibat namun, pasangan Vilks mengesahkan kematiannya menerusi akhbar Dagens Nyheter.

Menurut kenyataan polis, setakat ini masih belum dapat dipastikan bagaimana kemalangan itu boleh berlaku.

Malah, siasatan awal bagaimanapun mendapati ia tidak melibatkan pihak lain.

Vilks selama ini hidup di bawah perlindungan polis sering menerima ugutan bunuh akibat karikatur yang dihasilkannya.

Karikatur yang diterbitkan pada tahun 2007 itu telah mencetuskan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button