Berita Utama

Kehadiran fizikal untuk majlis nikah masih terhad: JAIS

Berhak tangguh atau batal jika berlaku 'pelanggaran'

BANGI, 27 Safar 1443H, Isnin – Pelaksanaan upacara akad nikah dengan kehadiran fizikal dibenarkan di adakan di masjid dan surau di seluruh Selangor, bermula hari ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata, bagaimanapun jumlah kehadiran fizikal di antara pihak terlibat adalah terhad mengikut lokasi dengan upacara itu boleh dilaksanakan setiap hari.

“Ini termasuk hanya tiga orang iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali sahaja sekiranya diadakan di JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

“Bagi akad nikah di masjid dan surau kebenaran solat Jumaat pula membenarkan pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali dan tiga orang lain yang ditentukan pihak berkenaan.

“Individu lain termasuk jurugambar tidak dibenarkan hadir,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya.

JAIS memberitahu, kebenaran ini juga tertakluk kepada syarat lain iaitu pihak-pihak terbabit telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin dan melepasi hari ke-14 tarikh suntikan dos kedua bagi Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.

Manakala bagi vaksin Johnson & Johnson dan CanSino adalah melepasi hari ke-28.

Bagaimanapun JAIS memaklumkan sekiranya berlaku pelanggaran kepada ketetapan semasa, pihaknya berhak untuk menangguhkan atau membatalkan upacara berkenaan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button