Lima orang awam terkorban, Taliban serang pusat ISIS
Laluan jalan raya ditutup selepas kejadian letupan

KABUL, 27 Safar 1443H, Isnin – Lima orang awam terbunuh manakala empat lagi cedera dalam letupan di luar Masjid Eid Gah di tengah bandar Kabul.
Jurucakap kementerian Luar Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, serangan itu disasarkan ke arah pusat ISIS di wilayah Khorasan
Sementara itu, sebuah hospital di Kabul menerima empat pesakit yang cedera dalam letupan berkenaan.
“Kami menerima lima pesakit dan tiga daripadanya mengalami kecederaan kesan terkena peluru,” kata Pengarah bahagian Kecemasan di hospital Afghanistan, Maro Puntin.
Katanya, dia mendengar tembakan kuat selepas letupan sambil menjelaskan keempat pesakitnya kini berada dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun, anggota Taliban tidak mengalami kecederaan kata, jurucakapnya Bilal Karimi.
Sementara itu, seorang penduduk Abdullah memberitahu, Taliban telah menutup laluan jalan raya selepas kejadian letupan.
Operasi itu dilancarkan beberapa jam selepas letupan di Masjid Eid Gah dan bom berkenaan dikatakan diletakkan di pintu masuk masjid dan diletupkan ketika jemaah meninggalkan premis. – Agensi