Berita UtamaDunia

Penerbangan komersial pertama EgyptAir tiba di negara haram Israel

Empat penerbangan setiap minggu antara Kaherah dan Ben Gurion

TEL AVIV, 27 Safar 1443H, Isnin – Penerbangan komersial pertama EgyptAir dengan pesawat berlogo tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion Israel semalam, menurut media Israel, kata Anadolu Agency.

Saluran rasmi KAN Israel mengatakan bahawa EgyptAir akan mengendalikan empat penerbangan komersial setiap minggu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dan Lapangan Terbang Ben Gurion Tel Aviv.

Sejak tahun 1980-an, penerbangan antara Kaherah dan Tel Aviv telah dikendalikan oleh Air Sinai, anak syarikat penerbangan EgyptAir.

Namun, pesawat itu tidak memiliki sebarang logo syarikat pesawat dan bendera Mesir.

Pada 13 September, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi bertemu untuk pertama kalinya dengan Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett di resort Sharm el-Sheikh di Laut Merah Mesir, di mana mereka membincangkan hubungan dua hala dan beberapa isu wilayah.

Mesir adalah negara Arab pertama yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada tahun 1979.  – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button