Berita UtamaDunia

49,000 pelarian Afghanistan diberi vaksin campak selepas tiba di AS

Pemindahan ditangguh apabila 24 pelarian dijangkiti campak

WASHINGTON, 28 Safar 1443H, Selasa – Pelarian Afghanistan yang tiba di Amerika Syarikat (AS) akan diberikan vaksin campak menerusi kempen secara besar-besaran.

Pihak berkuasa telah memberi suntikan vaksin kepada 49,000 pelarian Afghanistan yang berkampung sementara di pangkalan tentera, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS.

Sebelum ini, 24 pelarian dikesan mengalami demam campak menyebabkan pihak berkuasa menangguhkan pemindahan pelarian berkenan.

“Kejayaan kempen vaksin ini menunjukkan kejayaan dan komitmen kami terhadap kesihatan dan kesejahteraan pelarian ini,” kata Pegawai Perubatan, Dr. Pritesh Gandhi.

Malah, setiap individu yang tiba dari Afghanistan juga turut dikenakan ujian saringan COVID-19.

Sehingga kini AS berjaya menyelamatkan kira-kira 120,000 pelarian berikutan kekacauan di Kabul selepas Taliban mengambil alih pemerintahan sejak Ogos lalu.

Kesemua pelarian terdiri daripada warga AS dan Afghanistan yang memohon visa atau status pelarian bersama keluarga. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button