Berita UtamaDunia

Afghanistan keluarkan 6,000 pasport sehari

Tangguh beberapa bulan, cubaan halang rakyat larikan diri

KABUL, 28 Safar 1443H, Selasa – Afghanistan akan mengeluarkan pasport lagi kepada warganya hari ini, kata pegawai kanan negara itu.

Keputusan itu selepas beberapa bulan penangguhan yang menghalang percubaan warga Afghanistan melarikan diri dari negara itu selepas Taliban menguasai pada Ogos lalu.

Proses itu – yang dilihat perlahan bahkan sebelum Taliban kembali berkuasa berikutan penarikan tentera Amerika Syarikat (AS) – akan memberikan pemohon dokumen yang sama secara fizikal dengan yang dikeluarkan oleh kerajaan sebelumnya, kata pegawai itu.

Bercakap kepada wartawan di Kabul, Ketua Jabatan Pasport, Alam Gul Haqqani berkata, antara 5,000 hingga 6,000 pasport akan dikeluarkan setiap hari dan wanita akan digajikan untuk memproses bagi pemohon wanita.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Qari Sayeed Khosti memberitahu taklimat bahawa 25,000 pemohon telah mencapai tahap akhir pembayaran pasport mereka, dengan kira-kira 100,000 permohonan pada peringkat awal proses belum selesai. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button