Berita Utama

DUN Melaka bubar, beri laluan Pilihan Raya Negeri diadakan

Tun Mohd Ali telah buat pertimbangan dan bersetuju susulan nasihat KM

 

MELAKA,28 Safar 1443H, Selasa – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Okt, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN susulan nasihat daripada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, semalam.

Ab Rauf berkata, sepucuk surat telah dikemukakan kepada Mohd Ali yang memaklumkan empat ADUN telah mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Sulaiman dan pada masa sama meminta perkenan untuk pembubaran DUN.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button