Berita UtamaDunia

Lubnan runding dengan IMF selesai krisis ekonomi

Tiga perempat populasi di bawah garis kemiskinan tegar

BEIRUT, 28 Safar 1443H, Selasa – Lubnan dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan mengadakan rundingan teknikal dalam masa terdekat sebagai usaha menyelesaikan krisis ekonomi.

Jurucakap IMF memberitahu, pihaknya telah menerima surat daripada Perdana Menteri Lubnan, yang menyatakan hasrat untuk mengadakan rundingan.

“Kami telah menerima surat daripada Najib Mikati yang menyatakan kesudian dengan program dana yang ditawarkan IMF,” kata jurucakap kepada Al Jazeera.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan memulakan perbincangan dengan badan kewangan antarabangsa.

Kerajaan Najib kini menyedari keadaan ekonomi dan sosial berada dalam keadaan membimbangkan.

Dalam tempoh kurang dua tahun, keadaan ekonomi dan kewangan negara itu menjunam jatuh sekali gus menyebabkan tiga perempat populasi rakyat berada di bawah garisan kemiskinan tegar.

Kabinet dipimpin jutawan perniagaan sejak lebih setahun itu mengakui perbincangan bersama IMF adalah keutamaan buat masa ini demi masa depan pentadbirannya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button