Berita Utama

Mangsa dakwa terima gangguan seksual diminta tampil

Polis sahkan beberapa saksi sudah dirakam keterangan

KUALA LUMPUR, 28 Safar 1443H, Selasa – Polis meminta saksi dan mangsa dalam kes dakwaan gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah, tampil segera bagi membantu polis menyiapkan siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama berkenaan.

“Kami nasihatkan mangsa yang mungkin terkesan dengan dakwaan untuk tampil bagi membantu pihak polis meneruskan siasatan.

“Setakat ini terdapat beberapa saksi sudah dirakam keterangan berhubung kes ini,” katanya seperti dilapor portal tempatan, hari ini.

Sebelum ini, polis menyatakan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram dikaitkan dengan seorang pendakwah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button