Berita UtamaDunia

Paderi Katolik Perancis aniaya lebih 200,000 kanak-kanak sejak 1950

Gereja secara sedar hubungkan kanak-kanak dengan pemangsa

PARIS, 28 Safar 1443H, Selasa – Paderi Katolik Perancis didakwa melakukan penderaan seksual terhadap lebih 200,000 kanak-kanak sejak 1950 hingga tahun lalu.

Laporan mengenainya yang disiarkan hari ini selepas dua tahun setengah siasatan, disifatkan sebagai fenomena besar yang disembunyikan selama ini.

Presiden Jawatankuasa Siasatan, Jean-Marc Sauve berkata, sebilangan besar mangsa adalah kanak-kanak lelaki – kebanyakan mereka berusia antara 10 dan 13 tahun.

Katanya, gereja bukan sahaja tidak mengambil langkah yang diperlukan untuk mencegah penyalahgunaan malah gagal melaporkannya dan kadang-kadang secara sedar membuat kanak-kanak berhubung dengan pemangsa.

Pendedahan di Perancis adalah yang terbaru menggegarkan Gereja Katolik, setelah beberapa siri skandal penderaan seksual di seluruh dunia, yang sering melibatkan kanak-kanak.

Suruhanjaya ini ditubuhkan oleh uskup Katolik di Perancis pada akhir 2018 bagi memberi penjelasan mengenai penyelewengan dan mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap gereja.

Bagaimanapun, Sauve berkata, masalahnya tetap ada.

Katanya, sehingga tahun 2000, gereja menunjukkan sikap tidak peduli sepenuhnya terhadap mangsa dan hanya mula mengubah sikapnya pada tahun 2015 hingga 2016. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button