Berita UtamaDunia

Palestin sedia proses damai dengan negara haram Israel: Mahmoud Abbas

Cari pilihan lain jika enggan terima prinsip penyelesaian dua negara

RAMALLAH, 28 Safar 1443H, Selasa – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyatakan kesediaan untuk melaksanakan proses damai dengan kerajaan haram Israel berdasarkan resolusi antarabangsa.

Pendirian berkenaan dikeluarkan ketika mengadakan pertemuan dengan Timbalan Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hal Ehwal Israel dan Palestin, Hady Amr di Tebing Barat, memetik laporan Agensi Berita Palestin (Wafa).

“Persidangan antarabangsa perlu diadakan untuk perdamaian di bawah kerangka antarabangsa bagi mengakhiri pencerobohan Israel dan menubuhkan negara Palestin berdasarkan sempadan 1967.

“Situasi ketika ini tidak dapat diterima dan mahu tekanan diberikan kepada Israel untuk hentikan tindakan ke atas rakyat Palestin.

“Selain menamatkan aktiviti penempatan dan pencerobohan tanah Palestin,” kata Abbas.

Sekiranya negara Zionis enggan menerima prinsip penyelesaian dua negara, rakyat Palestin akan mencari pilihan lain.

Tindakan itu termasuk pelaksanaan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diluluskan pada 1947, atau memilih menubuhkan negara demokratik.

Pada 2014, rundingan damai antara Israel dan Palestin, yang disokong AS telah tertangguh berikutan pertikaian mengenai penempatan Israel dan pengiktirafan untuk mendirikan negara Palestin berdasarkan sempadan 1967. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button