Berita Utama

Staf positif COVID-19, kaunter MBSP ditutup

Kerja disinfeksi dan pembersihan secara menyeluruh

BUKIT MERTAJAM, 28 Safar 1443H, Selasa – Kaunter Berpusat Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di Menara Bandaraya ditutup sementara berikutan terdapat kakitangan yang disahkan positif COVID-19.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Sr Rozali Mohamud berkata, penutupan itu dibuat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi yang akan dijalankan di kawasan terbabit secara menyeluruh.

“Kaunter Berpusat MBSP yang terletak di Menara Bandaraya ditutup bermula pada 4 Oktober hingga 06 Oktober dan ia akan beroperasi semula pada Khamis ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rozali berkata, sepanjang tempoh penutupan itu, orang ramai digalakkan membuat bayaran dan mendapatkan perkhidmatan MBSP secara dalam talian.

Jelasnya, terdapat 100 perkhidmatan dalam talian tersedia di Cyber Counter MBSP di laman web www.mbsp.gov.my

“MBSP telah menyediakan infografik dan langkah-langkah penggunaan Cyber Counter terutamanya perkhidmatan bayaran online (cukai taksiran, kompaun, sewa premis, bayaran lesen dan permohonan lesen baharu).

“Semoga semua warga Seberang Perai terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan bersama-sama kerajaan melawan pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button