Berita UtamaDunia

Kes di Turki melonjak, cecah 30,000 sehari

Jumlah kematian naik sejak pertengahan Julai

ISTANBUL, 29 Safar 1443H, Rabu – Meskipun 66.4 peratus penduduk di Turki telah divaksinasi, kes jangkitan harian COVID-19 di negara itu terus melonjak.

Turki mencatatkan purata harian tertinggi sejak 30 April dengan merekodkan 29,802 kes harian COVID-19 pada Selasa.

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan, negara itu mencatatkan 228 kematian akibat virus berkenaan.

Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca meminta warga untuk mendapatkan vaksin, menjaga kebersihan diri dan penjarakan sosial.

Kenaikan jumlah kematian harian Turki sejak pertengahan Julai antara yang paling tertinggi di antara negara-negara di Eropah dan Timur Tengah, menurut data global.

Turki membuka semula sekolah untuk pendidikan secara bersemuka pada bulan September dan menghapus kebanyakan sekatan coronavirus pada musim panas.

Ankara juga mula meminta keputusan negatif reaksi rantai polimerase (PCR) atau bukti vaksinasi daripada guru dan orang ramai yang menghadiri majlis umum tertentu.

Pada 21 September lalu, negara mencatatkan 29,338 kes baharu, yang ketika itu adalah jumlah jangkitan harian tertinggi sejak April.

Kementerian Kesihatan telah menyatakan keberkesanan vaksin dan sedang mempertimbangkan rancangan untuk memberikan dos ketiga vaksin mulai November depan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button