Berita UtamaDunia

Operasi bantuan kemanusiaan di ambang kehancuran 

Penduduk Gaza kelaparan, 9 dari 10 orang tak dapat makanan secukupnya

WASHINGTON, 2 Jamadilakhir 1445H, Jumaat – Keadaan di Semenanjung Gaza semakin meruncing dan huru-hara, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP) Carl Skau.

“Apabila menyentuh mengenai krisis keselamatan makanan — kami ada buat lawatan semasa jeda kemanusiaan tujuh hari lepas.

“Kami dapati separuh daripada penduduk kelaparan manakala sembilan daripada 10 orang tidak mendapat makanan secukupnya,” kata Skau kepada pemberita di New York.

Operasi bantuan kemanusiaan berada di ambang kehancuran dan sukar untuk memastikan operasi ini dapat berjalan dengan lancar berdasarkan situasi terkini.

“Apa yang benar-benar diperlukan ketika ini ialah meningkatkan jumlah bantuan kemanusiaan,” katanya.

Israel telah mengebom Semenanjung Gaza dari udara dan darat serta mengenakan kepungan sejak 7 Okt.

Sekurang-kurangnya 18,787 rakyat Palestin terbunuh manakala 50,897 cedera setakat ini, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button