Berita Utama

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus boleh dibuat mulai Ahad

Boleh diakses melalui pautan spskt1.moe.gov.my

BANGI, 30 Safar 1443H, Khamis – Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus untuk Tingkatan Satu dan Empat bagi 2022 boleh dibuat bermula Ahad ini sehingga 15 November depan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, semua permohonan ke Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan spskt1.moe.gov.my.

Manakala permohonan ke Tingkatan Empat diakses melalui pautan spskt4.moe.gov.my.

KPM turut memaklumkan, permohonan dalam talian itu turut melibatkan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat bagi Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.

Selain itu, ia turut diguna pakai untuk Tingkatan Empat bagi Sekolah Menengah Teknik dan Maktab Tentera Diraja serta Tahun Satu untuk Kolej Vokasional.

“Kita telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi tujuan pemilihan murid untuk kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Sekolah Khusus mulai 2021.

“Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran secara dalam talian bermula 1 Disember ini,” katanya, hari ini.

Sementara itu, pentaksiran bagi Tingkatan Satu pula akan bermula 17 Januari hingga 27 Januari tahun depan.

Manakala bagi Tingkatan Empat bermula 7 Februari hingga 17 Februari 2022.

Komponen yang akan ditaksir ialah kecerdasan insaniah (20 peratus), kecerdasan intelektual (70 peratus) dan artikulasi penulisan (10 peratus)

Syarat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus adalah warganegara Malaysia, berdaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid Kementerian Pendidikan murid tahun enam 2021 iaitu berumur 12 tahun atau lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button