Berita Utama

PPZ-MAIWP bantu usahawan bangkit semula dalam perniagaan

Sasar 2,000 penyertaan untuk kelas selama satu bulan bermula 11 Oktober 2021

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1443H, KhamisPusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Bumbu Agency Sdn Bhd mengadakan Webinar Bangkit 2.0 secara percuma bagi membantu usahawan kecil dan sederhana memulakan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka secara dalam talian (online).

Program ini merupakan kesinambungan daripada Webinar Bangkit 1.0 yang diadakan pada September 2020.

Melihat kepada situasi dan keluhan usahawan-usahawan kecil dan sederhana yang terjejas akibat COVID-19, program ini diteruskan lagi pada tahun ini agar dapat memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan untuk bangkit semula meneruskan perniagaan.

Melalui program ini, para peserta akan dilatih oleh pengajar yang berpengalaman dalam perniagaan secara dalam talian dengan pengisian sebanyak 10 modul.

Antaranya ialah penghasilan video iklan untuk perniagaan, cara memasarkan perniagaan di ‘marketplace’ facebook, asas pengiklanan di facebook dan banyak lagi.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata, “Ini merupakan satu inisiatif PPZ-MAIWP dengan kerjasama mereka yang pakar dalam bidang ini untuk turut membantu para peniaga yang terkesan.

“Jika diikutkan harga untuk sertai kelas seperti ini mencecah ribuan ringgit, namun Bumbu Agency Sdn Bhd berikan secara percuma khas untuk bantu mereka bangkit semula,” katanya.

PPZ-MAIWP menyasarkan 2,000 penyertaan dengan penyediaan kelas selama satu bulan bermula 11 Oktober 2021 dan ianya terbuka kepada seluruh masyarakat di Malaysia.

Mereka yang berminat untuk menyertai webinar secara percuma ini boleh mendaftar secara dalam talian di bangkit2.zakat.com.my

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melepaskan peluang untuk sertai Webinar Bangkit 2.0 ini. Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook Pusat Pungutan Zakat atau hubungi 1 300 88 5757.

Latar Belakang PPZ-MAIWP

Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

PPZMAIWP telah merevolusikan institusi zakat dengan memperkenalkan sistem kutipan zakat melalui institusi yang berciri korporat di negara Malaysia.

Sejak penubuhan, PPZ-MAIWP telah berusaha menambah baik operasi dan perkhidmatan untuk meningkatkan kemudahan umat Islam dalam melaksanakan kefardhuan berzakat.

Setakat ini PPZ-MAIWP telah menyediakan 9 saluran bayaran zakat bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada umat Islam. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my

Sumber: Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

Nama: Norazlina Nordin

Tel: 019 – 728 3839

Emel: [email protected]

Nama: Fatin Aqilah Zulkefli

Tel: 017 – 393 5432

Emel: [email protected]

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button