Berita Utama

Revolusi politik sukar berlaku di Malaysia

Sistem dan budaya orang Melayu istimewa berbanding negara-negara lain

BANGI, 30 Safar 1443H, Khamis – Revolusi politik sukar untuk berlaku di negara ini, berikutan sistem yang diamalkan dan budaya orang Melayu tidak sama seperti negara-negara lain.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ir Ts Lukman Al Hakim yang melihat keistimewaan itu sukar dibandingkan dengan negara-negara luar sehingga boleh mencetuskan revolusi dalam politik.

“Sifat, karektor dan budaya Melayu yang kita ada menyebabkan revolusi politik negara kita tidak akan berlaku.

“Tidak seperti masyarakat Arab yang lebih kasar dan lasak tapi kita lihat identiti negara raja perlembagaan itu yang dihormati dan duduk dikedudukan yang sebenarnya sebagai kuasa yang kuat dan teguh.

“Sistem yang baik dan istimewa iaitu raja perlembagaan dan sistem demokrasi ini dilihat sangat berbeza dengan negara-negara luar yang kita gabungkan menjadi satu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam wawancara Revolusi Politik Negara: Mana Hala Tuju? yang disiarkan secara langsung di Facebook TV Pertiwi, malam tadi.

Turut menjadi panel dalam program berkenaan adalah Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Tegasnya, selagi semua pihak bersatu padu dan terus kekal menghormati sistem yang diamalkan, revolusi politik tidak akan berlaku berlaku di Malaysia.

Jelasnya, apa yang berlaku di negara ini hanyalah transformasi politik yang produktif dan proaktif.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button