Berita UtamaDunia

30 cedera kereta api bertembung di Tunisia

Tiada maklumat lanjut mengenai punca insiden

TUNIS, 1 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 30 orang cedera apabila dua kereta api bertembung di Tunisia.

Stesen radio Mosaique Tunisia yang memetik jurucakap agensi perlindungan awam sebagai berkata, insiden pada Khamis itu berlaku di kawasan Megrine Riadh, Ben Arous.

Mangsa yang cedera dibawa ke dua hospital berdekatan untuk rawatan, katanya.

Tidak ada maklumat lebih lanjut mengenai punca kemalangan itu.

Sementara itu, Syarikat Kereta Api Kebangsaan Tunisia berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan untuk menentukan keadaan di sekitar pertembungan tersebut dan mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

Terdapat beberapa kemalangan kereta api dalam tempoh sedekad yang lalu di Tunisia.

Insiden pertembungan yang paling mengerikan berlaku pada Jun 2015, yang mana puluhan terbunuh dan 70 yang lain cedera.

Pertembungan itu susulan infrastruktur runtuh dan kekurangan perlindungan lintasan kereta api. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button