Bahana pemimpin utamakan kepentingan sendiri berbanding rakyat
Rakyat berhak pilih calon pemimpin yang berwibawa, berintegriti

MEMORANDUM Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik telah ditandatangi oleh kerajaan dan pembangkang.
Mengapa?
Untuk memiliki keamanan politik.
Perjanjian tersebut telah gagal kerana kemelut politik masih berlaku sehingga kini. Perkara ini berlaku kerana ada pemimpin yang mengutamakan kepentingan sendiri daripada kepentingan rakyat.
Ada juga yang melompat dan bertukar parti bukan untuk survival rakyat dan negara,
tetapi hanya untuk survival politik.
Rakyat berhak memilih calon pemimpin yang berwibawa dan berintegriti bukan calon yg tiada prinsip & mementingkan diri sendiri.
Kestabilan politik lambang kestabilan negara sekali gus memberi impak terbesar kepada rakyat dan perspektif negara luar terhadap negara tercinta kita.
Semoga kemelut politik ini berakhir, PKP pun dah nak berakhir, apa kata kita bersama sama akhiri kemelut ini yang sudah berpanjangan ini. Utamakan rakyat, utamakan amanah.
Sumber: Facebook BERJASA