Berita UtamaDunia

Korban COVID-19 peringkat global kini lebih 4.83 juta

AS kekal negara paling teruk terjejas wabak

WASHINGTON, 1 Rabiulawal 1443H, Jumaat – Amerika Syarikat (AS) masih kekal sebagai negara paling teruk terjejas wabak COVID-19 dengan 44.1 juta kes direkodkan setakat semalam.

Berdasarkan data terbaharu, kes positif di seluruh dunia ketika ini sudah melebihi 236.6 juta.

Sementara, angka kematian akibat COVID-19 peringkat global pula kini melebihi 4.83 juta.

Asia Tenggara, seperti di Indonesia jumlah keseluruhan melonjak tinggi dengan lebih 4.2 juta kes, diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.6 juta.

Malaysia lebih 2.3 juta kes, thailand dengan 1.6 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 116,000 kes.

Indonesia turut mendominasi angka kematian dengan lebih 142,000 kes korban.

Filipina merekodkan kedua korban tertinggi dengan lebih 38,000 diikuti Malaysia 26 ribu kes, manakala Thailand pula lebih 17,000 korban nyawa direkodkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button