Artikel Khas

Masjid Tanjak Bandara Hang Nadim: Kecemerlangan seni bina Melayu, kebanggaan umat

Tahniah, terjemahkan budaya, identiti dan jati diri kedaulatan Melayu secara kreatif

MASJID berkubahkan Tanjak Melayu yang bakal menjadi mercu tanda baru di Bandara (Lapangan Terbang) Hang Nadim, Batam , Riau Indonesia.

Tanjak Melayu dipilih sebagai konsep seni bina Masjid Bandara (Lapangan Terbang) Hang Nadim Batam karena merupakan simbol kewibawaan dan keagungan masyarakat Melayu.

Masjid ini dijangka dapat disiapkan pada tahun 2022.

Masjid dengan luas bangunan 4983 meter persegi ini dibangun atas tanah seluas 15100 meter persegi dan mampu menampung sekitar 1,250 orang jemaah.

Perancangan asal ini lahir dari keprihatinan untuk membolehkan para pengunjung dan penumpang menunaikan solat Jumaat sebelum berlepas ke mana-mana destinasi.

Masjid yang berdekatan dengan lapangan terbang (Bandara) Hang Nadim juga berpotensi menjadi salah satu daya tarikan para pelancong.

Ulasan saya: Kita hanya perlu memiliki satu kesungguhan dan keprihatinan yang mendalam untuk menterjemahkan budaya, identiti, jati diri dan simbol kedaulatan Melayu/Islam secara kreatif dan mengagumkan.

Sejarah dan budaya masyarakat Melayu di Nusantara adalah sejarah akidah dan persaudaraan sesama umat. Agama merupakan simbol penyatuan dan kekuatan meskipun masyarakatnya diwarnai pelbagai budaya, adat resam dan bahasa.

Pembangunan masjid juga tidak semestinya mengikuti skema seni bina Barat/moden atau ke”Arab”an sekalipun dan fenomena ini memang dapat disaksikan di banyak tempat di seluruh Nusantara.

Akan tetapi, menjelmakannya ke dunia realiti sebagai satu mercu tanda yang besar dalam bentuk budaya dan tradisi Melayu belum diterokai secara serius dan meluas lagi.

Kesungguhan ini juga terpancar pada nama lapangan terbang ini – Hang Nadim. Kenapa Hang Nadim?

Tentu menarik untuk diselidiki lebih lanjut.

Cuba kalau nama KLIA diubah kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Tuah @ Hang Tuah International Airport (HTIA)?

Saya percaya, belum sempat cadangan itu dikemukakan, 3000 laporan polis akan dibuat dan kempen serta petisyen penolakannya akan segera dilancarkan

Akan lahir juga kecaman hebat dan tentangan keras dari gerombolan Anglophile Melayu apologetik dan tidak terkecuali dari pemimpin-pemimpin politik Melayu oportunis.

Apapun, kepimpinan dan masyarakat Melayu/Islam Batam, Riau sudah merintis jalan, secara megah dan indah.
Sekalung tahniah kepada mereka.

Rujukan:

https://posmetro.co/…/ikon-baru-masjid-bandara-hang…/
https://batampos.id/…/ikon-baru-hang-nadim-bangun…/
https://sijori.id/…/bandara-hang-nadim-punya-masjid…
https://transkepri.com/…/masjid-berkonsep-tanjak-melayu…
https://wajahbatam.co.id/…/pembangunan-masjid-bandara…/
https://prolkn.id/…/komitmen-wali-kota-batam…/
https://www.maritimraya.com/…/pembangunan-masjid…
https://gowest.id/progres-pembangunan-masjid-bandara…/
https://www.facebook.com/skyscrapercity.batam/posts/1056713061512018
https://suryakepri.com/…/bangun-masjid-di-bandara-hang…/
https://www.barelangadventure.com/…/Hang-Nadim…

Mohd Luttfi Abd Khalid
Pengerusi iPeguam/Pemerhati politik

Artikel ini telah disiarkan terlebih dahulu di Facebook penulis.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button