Berita UtamaDunia

10 cedera serangan dron di Lapangan Terbang Arab Saudi

Sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab

RIYADH, 2 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Sekurang-kurang 10 individu cedera dalam serangan dron di Lapangan Terbang di bandar Jazan berhampiran sempadan Yaman.

Gabungan Menjamin Keabsahan Yaman dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Agensi Berita Saudi (SPA) memaklumkan, kesemua yang cedera disebabkan ‘bahan letupan dijatuhkan ke atas ‘Lapangan Terbang King Abdullah’.

Keadaan itu menyebabkan tingkap di bahagian lapangan terbang musnah.

Letupan kedua pula dilaporkan awal pagi Sabtu menyebabkan ramai yang cedera namun SPA tidak menyatakan maklumat sebenar.

Sementara itu, Reuters melaporkan, enam rakyat tempatan, tiga rakyat Bangladesh dan seorang rakyat Sudan merupakan mangsa dalam serangan dron berkenaan.

Beberapa serangan dilaporkan di beberapa tempat Arab Saudi, dan pasukan Houthi di Yaman sering dituduh melancarkannya, atas dakwaan mahu menubuhkan semula kerajaan digulingkan sebelum ini.

Rabu lalu, empat orang cedera selepas dron dilengkapi bahan letupan yang menyasarkan Lapangan Terbang Abha berjaya dipintas pihak gabungan itu.

Sehingga kini, tiada pihak bertanggungjawab dalam serangan itu.

Pada 31 Ogos lalu, dron meletup di lapangan terbang sama menyebabkan lapan cedera dan memusnahkan pesawat awam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button