Berita Utama

Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ raih 23,150 tandatangan

Solidariti rakyat Malaysia terhadap kes berkenaan semakin utuh

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 2 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Solidariti terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terus ditonjolkan rakyat di negara ini.

Perkara itu dibuktikan menerusi pestisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ yang masih mendapat sambutan membanggakan selepas seminggu dilancarkan.

Sehingga 5.30 petang tadi, petisyen berkenaan berjaya menghimpunkan 23,150 tandatangan.

Petisyen yang dilancarkan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) itu bertujuan membuka mata pemimpin untuk lebih cakna dan memandang serius dengan kemarahan rakyat berhubung kes berkenaan.

Presidennya, Haji Aminuddin Yahaya, sebelum ini menzahirkan rasa kecewa berhubung kes kematian Allahyarham Muhammad Adib yang ditutup dan hanya akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu.

Bagaimanapun, terbaharu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian berkenaan.

Jawatankuasa yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri ini akan diberi tempoh selama enam bulan bagi memperoleh dapatan dan cadangan yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat Kabinet untuk tindakan susulan.

Allahyarham Muhammad Adib yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya menghembus nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari menerima rawatan.

Bagaimanapun punca kematiannya dipertikaikan sama ada akibat diserang atau kerana kemalangan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button