Berita UtamaDunia

Serangan pengebom bunuh diri di masjid Afghanistan ragut 46 nyawa

Kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab

KABUL, 2 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 46 terbunuh dan ratusan yang lain cedera dalam letupan di sebuah masjid di bandar Kunduz, utara Afghanistan.

Letupan itu didakwa dilakukan pengebom bunuh diri.

Kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab ke atas serangan yang dikatakan oleh agensi berita Bakhtar – yang dikendalikan oleh kerajaan – mengorbankan 46 orang dan mencederakan 143 yang lain.

Dua pegawai kesihatan memberitahu Reuters bahawa jumlah kematian mungkin antara 70 dan 80 orang.

Letupan itu, yang disebut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebahagian daripada corak keganasan yang mengganggu, berlaku beberapa hari selepas letupan di sebuah masjid di Kabul dan sebuah sekolah agama di wilayah timur Khost.

Terdapat serangan sama dalam beberapa minggu terakhir, antaranya telah dituntut oleh kumpulan pengganas.

Serangan tersebut menggariskan cabaran keselamatan dihadapi Taliban – yang mengambil alih negara itu pada Ogos – dan sejak itu melakukan operasi terhadap sel IS di Kabul. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button