Berita UtamaDunia

Syria pintas peluru berpandu milik Israel

6 anggota tentera cedera akibat serangan negara pengganas

KAHERAH, 2 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Sistem pertahanan udara Syria berjaya memintas peluru berpandu milik negara pengganas Israel di ruang udara luar bandar Homs, lapor media rasmi negara itu hari ini.

Serangan negara tidak diiktiraf itu menyebabkan sekurang-kurangnya enam anggota tentera cedera dan beberapa kerosakan material.

Serangan berlaku sekitar jam 9:33 malam waktu tempatan, lapor agensi berita rasmi Syria memetik sumber ketenteraan.

“Israel melakukan serangan udara dari arah kawasan ketenteraan Al-Tanf dengan letupan peluru berpandu ke arah lapangan terbang tentera T-4 di wilayah tengah,” kata sumber.

Katanya lagi, pertahanan udara negara telah memintas sebahagian besar peluru berpandu.

Bagaimanapun, Israel enggan mengulas mengenai serangan tersebut.

Wilayah Homs bersebelahan dengan Lubnan, di mana kumpulan syiah Lubnan, Hizbullah yang disokong Iran berkuasa di sepanjang sempadan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button