Berita Utama

BERJASA Shah Alam tubuh 20 cawangan baharu

Pentas politik baharu, beri tawaran terbaik kepada pengundi

BANGI, 3 Rabiulawal 1443H, Ahad – Parti BERJASA cawangan Shah Alam berjaya mengumpul lebih 1,000 keahlian dan menubuhkan 20 cawangan dalam kawasan Parlimen P.108 Shah Alam.

Presidennya, Ustaz Zamani Ibrahim berkata, BERJASA komited memperjuangkan nasib rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Iltizam yang kuat tersemat menjadi kekuatan untuk menjadi pentas politik baharu buat generasi Malaysia yang sudah muak dengan politik lama.

“Ini termasuk politik kroni, mungkir janji yang semata-mata memberi kebaikan kepada ahli politik sahaja bukan untuk rakyat.

“BERJASA akan terus buka lebih banyak cawangan seluruh Malaysia untuk menyantuni lebih ramai rakyat bawahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan pelancaran jentera pilihan raya dan penubuhan 20 cawangan BERJASA Shah Alam, hari ini.

Katanya, penubuhannya juga adalah sebagai tanda komitmen BERJASA memberi tawaran terbaik kepada penduduk di Parlimen Shah Alam bagi membawa perubahan pentas politik.

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button