Artikel Khas

Kerajaan tubuh JK Khas kes Adib? ‘Jangan seronok cepat sangat’

Bagaimana integriti dan ketelusannya dijamin?

SELEPAS didesak akhirnya Perdana Menteri bersetuju untuk menubuhkan suatu jawatankuasa bagi menyiasat Kes Kematian Allahyarham Adib.

Ini sekali gus menolak kenyataan YB Zuraida Kamaruddin yang sewenang-wenangnya mengumumkan bahawa kes ditutup.

Namun, rakyat tidak harus segera berpuas hati kerana kes ini masih jauh dari mencapai penyelesaiaannya. Selagi Allahyarham dan keluarga tidak mendapat sebarang keadilan, selagi itu kita desak dan tuntut ianya disiasat dan pembunuh dibawa ke muka pengadilan.

Bukan apa, kita tidak mahu melihat keputusan inkues yang dibuat di Mahkamah Koroner yang jelas terdapat bukti Allahyarham di pukul diambil enteng sahaja. Apa makna penubuhan jawatankuasa jika sekadar hanya untuk ‘mengambil hati’ rakyat

Sebelum ini sudah ada jawatankuasa telah dibentuk untuk kes ini. Kali terakhir kita dengar darinya ialah “kita sudah hampir di akhir siasatan”. Lepas itu hilang, dan tiba-tiba tubuh jawatankuasa lain pula. Sehingga kini rakyat masih tertanya-tanya, apa hasil siasatan tersebut?

Jadi rakyat ingin tahu, apa sebenarnya fungsi jawatankuasa ini? Apa Terma Rujukannya? Mengapakah ianya dianggotai oleh orang-orang politik belaka? Bagaimana integriti dan ketelusannya dijamin?

Jika kerajaan benar- benar serius serta telus dan menjaga intergriti jawatankuasa ini kita menuntut agar wakil-wakil NGO dan individu-individu yang dipercayai dimasukkan sebagai anggota ke dalam jawatankuasa ini.

Rakyat sangat berharap jawatankuasa ini bukan hanya untuk membendung gelombang kemarahan rakyat tetapi benar-benar untuk memberikan keadilan kepada seorang penjawat awam.

Saya nyatakan sebegini bukan apa, kita sebenarnya sudah penat melihat perasaan keluarga Allahyarham dipermain-mainkan. Malah tidak keterlaluan kalau saya katakan berlaku ‘Trust Deficit’ yang teruk oleh rakyat terhadap pihak penguatkuasa.

Kita semua perlu ingat bahawa perkara paling asas di sini ialah *KEADILAN KEPADA PENJAWAT AWAM*.

Apakah kalau ada yang mati nanti ketika sedang bertugas akan terima nasib seperti Allahyarham Adib juga?

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
10 Oktober 2021

Rujukan:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kabinet-setuju-tubuh-jawatankuasa-khas-siasat-kes-kematian-muhammad-adib-pm-324417

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button