Berita Utama

Kesahihan rakaman perlu dibuktikan sebelum sebarang tindakan – Takiyuddin

PAS terbuka sekiranya polis lakukan siasatan

 

KOTA BHARU, 3 Rabiulawal 1443H, Ahad – Kesahihan rakaman audio yang didakwa mirip seorang pemimpin PAS mempertikai kepimpinan Presidennya PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dibuktikan sebelum sebarang tindakan diambil.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata,  parti itu juga terbuka sekiranya polis akan melakukan siasatan sekiranya menerima laporan.

“Saya sebagai orang undang-undang, tak buat apa-apa komen berdasarkan andaian, andaian perlu dibuktikan dahulu.

“Kalau ada laporan polis, biar polis siasat. Kita ikut undang-undang, kita tak nak main andaian ini,” kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu kepada pemberita, hari ini.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli  berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan rakaman audio tersebut sejak semalam di media sosial. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button