Berita UtamaDunia

Korban alkohol beracun di Russia meningkat 34 orang

Polis rampas 2,000 minuman keras kandungi metanol

MOSCOW, 4 Rabiulawal 1443H, Isnin – Angka kematian akibat keracunan alkohol di barat daya Russia meningkat kepada 34 orang.

Pihak berkuasa tempatan berkata, 24 orang lagi dirawat di hospital.

Penyiasat di wilayah Orenburg membuka siasatan berhubung kes jenayah selepas peminum maut akibat keracunan alkohol minggu lalu.

Sejak itu, polis menahan 10 orang dalam siasatan pengeluaran dan penjualan alkohol haram, lapor agensi berita TASS.

“Terdapat 67 mangsa yang dikenal pasti di wilayah ini, 34 di antaranya telah meninggal dunia,” kata kerajaan tempatan Orenburg seperti dipetik agensi berita Interfax.

Tujuh individu yang dirawat di hospital berada dalam keadaan serius dan empat daripadanya berada di ventilator, katanya.

Sabtu lalu, polis merampas 2,000 botol alkohol dan mengatakan mereka telah mengenal pasti ia mengandungi metanol.

Penduduk Russia sudah lama memiliki reputasi sebagai sebahagian peminum tegar di dunia, namun penggunaannya menurun dalam beberapa tahun terakhir, jatuh sehingga 43 peratus sejak 2003 hingga 2016, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2019.

Katanya, ia telah menyebabkan kenaikan jangka hayat yang pesat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button